PENGENALAN

CARTA ORGANISASI SEKOLAH

BARISAN STAFF




VISI SEKOLAH
  • Membentuk sebuah masyarakat yang berwibawa
  • Melahirkan murid dan guru yang bertanggungjawab
  • Memantapkan diri individu disamping meningkatkan jati diri  
MISI SEKOLAH
  •  Mendidik dan melahirkan murid-murid yang berwibawa, berketrampilan, berdikari dan berwawasan.
  •  Melaksanakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
  •  Mewujudkan Budaya Sekolah yang cintakan ilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. 


OBJEKTIF SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Bunga Kempit akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai objektif
sekolah seperti berikut :- 
  • 100 % dalam PMR, SPM DAN STPM.
  • Melahirkan murid yang berdisiplin kendiri.
  • Menyediakan sekolah sebagai tempat yang bersih, ceria dan selamat.
  • Melahirkan warga sekolah yang mengamalkan budaya kerja yang cemerlang. 
  • Mengekalkan hubungan yang baik dengan masayarakat setempat.
MATLAMAT SEKOLAH
Matlamat sekolah adalah untuk memberi didikan kepada pelajar di sekolah ini secara menyeluruh dan seimbang sebagai pendidikan asas yang meliputi aspek intelek, rohani, jasmani, bakat, akhlak, bertanggungjawab, taat setia, berdisiplin dan bersepadu. Dengan perincian di bawah ini diperkatakan sebagai para pelajar:
  • dapat menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dari segi aspek pertuturan, pembacaan, dan penulisan. Para pelajar diharapkan agar dapat menguasai bahasa sebagai bahasa rasmi negara kita dengan fasihnya.
  • dapat menguasai fakta asas Matematik.
  • dapat kemahiran membaca, menulis, memaham dan bertutur dalam Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan Bahasa Komunikasi Global.
  • dapat membentuk sikap yang berakhlak mulia, bersopan santun, dan menjadi insan yang soleh.
  •  dapat memupuk semangat bertolak ansur, bersatu padu, berkerjasama, dan menghormati hak asasi orang lain.
  • dapat menggunakan kemahiran-kemahiran yang diperlajari atau diperolehi untuk mengembangkan bakat, minat, dan daya kreatif serta kritis.
  •  mempunyai pengetahuan, kefahaman, dan kepekaan terhadap kaum pendidik dan alam sekitar.
  • dapat menghargai serta mencintai institusi iaitu sekolah yang berkonsepkan "Rumahku Syurgaku".
LAGU SEKOLAH

Usaha asas jaya,
Itulah visi kami,
Kami pelajar harapan,
Keluarga, bangsa, negara.

Sekolah Bunga Kempit,
Gedung ilmu kami,
Bersama kita bersatu,
Usaha kearah jaya.

Kami pelajar bestari,
Bersumpah dan berjanji,
Dedikasi inisiatif,
Wawasan ibu pertiwi.

Menuntut ilmu tanpa jemu,
Beralam membentuk peribadi,
berbakti pada pertiwi Kelah hidup tidak rugi.

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Menengah Kebangsaan Bunga Kempit  terletak di Jalan Suarah, Sibu, kira-kira 3 km dari bandar Sibu. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1922 sebagai sebuah sekolah inggeris . Dua belas tahun kemudian, iaitu pada tahun 1934, sekolah ini berkembang dan pada tahun 1956, ia menjadi sebuah sekolah bantuan kerajaan.Sekolah ini, mempunyai lima blok bangunan konkrit mengandungi bilik darjah, pentadbiran, perpustakaan, sains, kantin, kemahiran hidup dan mini dewan telah didirikan pada tahun 1970, 1976, 1988, 1994 dan 1997.  Oleh kerana luas kawasan sekolah hanya lebih kurang 1.5 ekar, tiada ruang lagi untuk pembinaan bangunan baru pada masa depan.  Kemudahan fizikal sekolah ini lengkap walaupun kami masih inginkan bilik tambahan untuk muzik, AVA, bilik persidangan dan sebagainya. Sekolah Menengah Kebangsaan Bunga Kempit  ialah sekolah kategori A, mempunyai satu sesi sahaja (sesi pagi).  Bilangan kelas berjumlah 30, dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 dan setiap tingkatan   kecuali tingkatan 6 mempunyai lima kelas.  Bilangan guru ialah 54 orang dan staf bukan guru ialah 5 orang. Sekolah Menengah Kebangsaan Bunga Kempit juga mempunyai sebuah klinik pergigian untuk menjaga kesihatan gigi murid yang berjumlah 1281 orang sekarang.







No comments:

Post a Comment